Pages

Wednesday 21 May 2014

Bloodshed



Bloodshed merupakan sebuah kumpulan Heavy Metal yang pertama dari KAJANG telah diasaskan pada tahun 1985 di Malaysia. dengan nama lamanya PETROL Pada awal 80an


Bloodshed banyak menyertai pertandingan "Battle of the Bands" pada tahun 1986 dan seterusnya. Mereka antara kumpulan rock pelopor "Battle of The Bands" di Malaysia bersama-sama kumpulan SYJ, Ella and The Boys, Lefthanded dan Rahim Maarof & Whitesteel. Susulan itu mereka berjaya mengikat kontrak dengan EMI Records. Album pertama mereka berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" terbitan M Sharif diterbitkan pada tahun 1987 dengan tema lagu-lagu berentak heavy metal. Album yang kedua diterbitkan oleh M Nasir pada tahun 1988 dengan judul "Samarkand" dengan lagu suka ramainya "Srikandi Cintaku" ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Nasir Jani berjaya menduduki takhta Lagu Pujaan 10 Nescafe selama beberapa minggu.

Setelah penerbitan album tersebut, Rosdan Baharom, iaitu penyanyi Bloodshed, berhasrat melangkah ke irama yang lebih keras lagi dan menubuhkan Kumpulan Punisher, yakni satu pancaragam thrash metal bawah tanah Malaysia. Selepas itu Kumpulan Bloodshed menghadapi masalah mencari pengganti Rosdan sehinggalah pada tahun 1989, mereka berjaya mendapatkan Mohd Farid Ali sebagai penyanyi baru dan mereka menukar nama kumpulan kepada Kumpulan Blackshed. Selepas itu, Kumpulan Blackshed menerbitkan album terakhir mereka yang bertajuk "Villa Misteri" bersama vokalis baru yang suara seiras suara Rosdan. Lagu popular Blackshed adalah lagu "Menggengam Bara" juga ciptaan M Nasir dan liriknya ditulis oleh Bob. Sepanjang penglibatan Bloodshed dalam industri muzik tanah air, mereka sering menggunakan karya ciptaan mereka sendiri. Mereka juga sering menggunakan khidmat M. Nasir, Man Boron, Usop, Siso dan juga Abdul Ghaffar Ibrahim (AGI).

Walau bagaimanapun, selepas penerbitan album "Villa Misteri", anggota Kumpulan Bloodshed/Blackshed berpecah dan tidak lagi aktif dalam bidang muzik. Kehadiran mereka dalam bidang seni suara berjaya mewarnakan dunia muzik tanah air dengan genre muzik yang mereka persembahkan pada waktu itu.

Akan tetapi pada penghujung 2008, kumpulan Bloodshed telah kembali semula untuk meneruskan perjuangan mereka dalam arena muzik rock di Malaysia dengan line-up asal dan juga baru, serta telah menerbitkan single pertama: Manifestasi Cinta, lagu ciptaan Hamdan Yusof selaku pemain gitar utama mereka. Bermula dari 2009, Bloodshed telah kembali membuat persembahan, bermula di Auditorium LigaMas, Batang Kali yang telah mendapat sambutan yang begitu meriah daripada penonton yang hadir. Dan bermulalah kembali era Bloodshed yang baru! bersama penyanyi baru mereka iaitu Muzam, anak muda dari  SUNGAI KANTAN KAJANG



Line up Asal Bloodshed, Rosdan(V), Hamdan(G), Razzey(G),Rawita(B),Judy(K) Rozz (D) 
  
P/S Kalau korang nak dengar lagu Bloodshed yang lain korang cari la kat Youtube bukan susah pun. haha

No comments:

Post a Comment