Thursday, 29 May 2014

Idda Tarantula



Idda berasal dari sebuah kumpulan ''  Tarantula kesemuanya ahli wanita di waktu permulaan penyanyi ini. atas sebab-sebab komitment yang lain, maka hanya Idda yang dapat dirakamkan untuk kesinambungan kumpulan Tarantula. ianya diterbitkan oleh Antares Muzik. Lan dari kumpulan metalian dan Joe dari kumpulan Burnmark telah diberikan peluang untuk menjadi producer bersama bagi penerbitan untuk album Idda yang bertajuk Oasis Sahara ini pada penghujung (1987) .Mus dari kumpulan M.A.Y dan kim'' tee"(Ex-burnmark voc) juga bertindak sebagai penyanyi latar didalam album ini. Idda berasal dari batu 9 , Cheras , kajang..Idda juga antara pengerak awal rockers wanita dan band Heavy Metal wanita di Malaysia.   



P/S : Gua ada simpan L.P Idda ni, tapi tak tau dekat mane nak covert to Mp3, nanti ada masa atau gua dah jumpa tempat untuk covert LP ni . Gua akan Uploadkan lagu Idda ni.. In Shaa Allah.

Monday, 26 May 2014

Reaper




Reaper ditubuhkan pada tahun 2004 dianggotai oleh Ayen(B&V),Ait(G),Beno(G) dan Ebi(D)
berkonsepkan Crossover/Thrash Metal, meriliskan demo promo mereka yang pertama,selepas Era kumpulan Antacid di Kajang, Demo promo yang bertajuk Reality Of Dying pada tahun 2005,dimuatkan 4buah lagu ,tahun 2006 mereka meriliskan demo ke2 mereka yang bertajuk Ex-Onerate Axe, demo ini banyak menaikkan nama mereka , Pada tahun 2009 mereka menerima tawaran untuk meriliskan album penuh bersama dengan label tempatan iaitu Empayar Musick, dengan Album Eternal Damage. Pada tahun 2011, mereka terlibat bersama album kompilasi bersama band dalam dan luar negara, Album Kompilasi ini dikeluarkan oleh Old Goat Corpse Production. mereka bergerak secara bawah tanah


Thursday, 22 May 2014

Stripe



STRIPE salah satu kumpulan lagenda Heavy Metal di kajang ,angotai oleh  Razzey, Dan Rozz , Razzey adalah bekas kepada permain gitar dan Rozz bekas permain Drum dari kumpulan Bloodshed pada era awal,  Stripe merakamkan album  Pertama mereka bertajuk Kuasa pada tahun 1987, Album ini mendapat sambutan pada era itu, selain bermainkan muzik Heavy Metal ,Stripe juga sangat berbakat untuk mencipta lagu balada yang komersial pada era 80an.  lagu hebat mereka seperti, Berilah aku kesempatan, dan Cinta Yang Ternoda lagu ini menjadi Hit waktu itu, Tidak kurang juga hebat lagu berentakkan Heavy Metal mereka seperti Kuasa, Dan Sejarah,  keseluruhan lagu-lagu di Album ini adalah terbaik. 


Razzey selaku permain gitar dan menyanyi lagu - lagu kumpulan ini,  kebanyakkan lagu di nyanyikan oleh Razzey kecuali Lagu Cinta Yang ternoda, Dinyanyikan oleh Permain keyboard iaitu Lan , selain itu Stripe juga mengunakan permain Bass yang berbangsa India ,Iaitu Jaya kumar, kesemua mereka adalah kaki tangan Maybank,  

Album ke2 mereka diterbitkan pada tahun 1992, lagu hit mereka seperti Melati.  didalam album itu Razzey(G), Nan (K) , Aridan(V) , Rahmat (B) dan Rozz(D).

Stripe kini masih aktif bersama bermain di pertujukan pentas, untuk majlis-majlis V.I.P di Maybank back up band untuk show artist-artist ternama di Malaysia , Stripe kini mengunakan nama MAYSTRIPES.  mereka kini menjadi pemuzik yang sangat Professional

Untuk mengikuti perkembangan Maystripes di sini - 
https://www.facebook.com/pages/Maystripes/118169484874196?fref=ts



Dari Kiri Jaya Kumar, Rozz ,Lan dan Razzey









Album kedua

Wednesday, 21 May 2014

Antacid



ANTACID ditubuhkan pada tahun 2003 , diasaskan oleh Rex (G) dari Kampong Sungai Ramal dan Iron Speed (D) dari Kampong Bukit Dukung,  muzik mereka berkonsepkan Thrash Metal, pada tahun 2003 pada tahun itu mereka bersama beberapa anggota lain seperti 1,2 Kill (G2) dari kampong Sungai Ramal dan Thunderbolt (B) dari Balakong selepas latihan bersama mereka bertemu dengan Sen Nightcrawler(V) dari batu 10 cheras kajang, pada Jun 2003, di situ terjadinya Antacid, sebelum Antacid mereka mengunakan nama ANTIX, (Next Review), 



Pada Jun 2003 Antacid merakamkan demo pertama mereka secara rehearsal tape. dengan tajuk Living In Disorder. dikeluarkan dalam beberapa keping kaset untuk rakan-rakan dan penganjur-pengajur pentas Gig , salah satu promosi mereka  pada tahun itu , tidak seperti di zaman sekarang mudah hanya mengunakan Internet sahaja,  November 2003 Antacid berpeluang bermain salah satu gig khas untuk band-band Kajang tidak kira apa jenis Muzik, gig ini dilangsungkan di Kuala Lumpur.
  
Tahun 2004 mereka merakamkan demo ke2 mereka dengan sound studio, yang bertajuk Thrashing Mania, di tahun itu mereka mendapat tawaran bermain Gig Metal di Ipoh. bersama beberapa band Underground di waktu itu.  Antacid merupakan salah satu permulaan pemuzik Old Skool di Kajang, mahu pun di Malaysia , selepas Era Heavy Metal/Thrash Metal 80an, dihentikan , mereka mengunakan pakaian dan fesyen berseluar ketat, dan merah seperti di era 80'an , dan kasut Aliph (sekarang dah mahal kasut ni dan menjadi trend pun). Antacid menjadi satu fenomena di saluran muzik underground pada ketika itu. bukan sahaja dengan muzik yang betul malahan menjadi ikut-ikutan oleh band dan peminat muzik old skool bawah tanah ketika itu. 

2005 mereka terlibat didalam kompilasi bersama band dari luar negara,  bersama band Italy, Sweden , dan German  

Di Tahun 2006 mereka mengeluarkan demo studio ke3 mereka yang bertajuk Steel Thrashing Massacre, dan salah satu track dimuatkan dalam demo ini dinyanyikan oleh band lagenda dari jepun iaitu Sabbat. demo ini mendapat perhatian di seluruh dunia, laris penjualan di Jepun. dikeluarkan dalam format kaset

Mereka mendapat tawaran meriliskan Piring Hitam (LP) oleh label dari German, pada tahun 2008. diambil dari demo-demo mereka dikeluarkan secara kompilasi. bertajuk Atomik Thrashing Acid


Pada tahun 2009 mereka menerima tawaran mengeluarkan Split Album bersama kumpulan Heatred dari Colombia, album Ini di riliskan oleh label dari China. 

2010 album kompilasi Atomik Thrashing Acid di keluarkan didalam format CD oleh label dari Jepun.  didalam tahun yang sama vocalist mereka meningalkan kumpulan , mereka terpaksa berdiamkan diri kerana ketiadaan penyanyi tetap. dan memberi peluang kepada pemuzik lain dan ahli mereka sendiri untuk membuat project band seperti Nuclear Strikes (Next Review), Lobotomy(next review)

Pada tahun 2015 Antacid akan kembali beraksi semula dengan vocalist baru mereka , dan akan merencanakan Album pada masa akan datang. nantikan !!

Antara Cover Album Mereka
Anda boleh Ikuti mereka di fanpage ini
Facebook - https://www.facebook.com/pages/Antacid-Official/473460506020132?ref=hl
websitehttp://antacidmania.webs.com/

Metalian


Metalian ditubuhkan pada tahun 1980,yang bermainkan konsep Heavy Metal Dan Hard Rock  , seawal kemunculan menjadi band pembukaan untuk konsert Alleycats di Stadium Kajang pada tahun 1984.yang di taja oleh Salem , Pada waktu itu, mereka menggunakan khidmat penyanyi Ramadhan (Batu 9 Cheras. Kajang)selepas dari konsert itu, mereka di jemput untuk mengadakan konsert amal di Parit Buntar Perak..Pada tahun 1985 mereka melakukan penukaran penyanyi, Thana Seekar adalah penyanyi berbangsa India yang pertama menjadi penyanyi HEAVY METAL. line up pada waktu itu, Megat (D) dari kampong sungai ramal ,Azman dari kampong jambu (B), Khairul dari taman mesra batu 14 kajang (G2), Roslan Ahmad dari Kampong Jambu(G),Thana dari kampong Sungai Ramal(V).


 Pada tahun 1987 bermula dengan pertandingan Juara-Juara Rock mereka merakamkan album selepas memenangi pertandingan tersebut. Tetap Di Sini dan Erti Persabatan yang banyak menaikkan nama kumpulan ini.Pada tahun 1988 mereka menukar penyanyi baru Iaitu Hamid(Hellion). Metalian Era ini, telah membawa muzik yang amat berbeza dari Metallian sebelum ini, kerana Man Keedal dan angkatannya  Yazit Search, Yan Lefthanded adalah producer bagi Album selepas pertukaran penyanyi asal Iaitu Thana.

Metalian sempat merakamkan album seperti
Identiti
Era 


kompilasiJuara-Juara Rockk part 1 dan 2.




METALIAN - KABUS

Bloodshed



Bloodshed merupakan sebuah kumpulan Heavy Metal yang pertama dari KAJANG telah diasaskan pada tahun 1985 di Malaysia. dengan nama lamanya PETROL Pada awal 80an


Bloodshed banyak menyertai pertandingan "Battle of the Bands" pada tahun 1986 dan seterusnya. Mereka antara kumpulan rock pelopor "Battle of The Bands" di Malaysia bersama-sama kumpulan SYJ, Ella and The Boys, Lefthanded dan Rahim Maarof & Whitesteel. Susulan itu mereka berjaya mengikat kontrak dengan EMI Records. Album pertama mereka berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" terbitan M Sharif diterbitkan pada tahun 1987 dengan tema lagu-lagu berentak heavy metal. Album yang kedua diterbitkan oleh M Nasir pada tahun 1988 dengan judul "Samarkand" dengan lagu suka ramainya "Srikandi Cintaku" ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Nasir Jani berjaya menduduki takhta Lagu Pujaan 10 Nescafe selama beberapa minggu.

Setelah penerbitan album tersebut, Rosdan Baharom, iaitu penyanyi Bloodshed, berhasrat melangkah ke irama yang lebih keras lagi dan menubuhkan Kumpulan Punisher, yakni satu pancaragam thrash metal bawah tanah Malaysia. Selepas itu Kumpulan Bloodshed menghadapi masalah mencari pengganti Rosdan sehinggalah pada tahun 1989, mereka berjaya mendapatkan Mohd Farid Ali sebagai penyanyi baru dan mereka menukar nama kumpulan kepada Kumpulan Blackshed. Selepas itu, Kumpulan Blackshed menerbitkan album terakhir mereka yang bertajuk "Villa Misteri" bersama vokalis baru yang suara seiras suara Rosdan. Lagu popular Blackshed adalah lagu "Menggengam Bara" juga ciptaan M Nasir dan liriknya ditulis oleh Bob. Sepanjang penglibatan Bloodshed dalam industri muzik tanah air, mereka sering menggunakan karya ciptaan mereka sendiri. Mereka juga sering menggunakan khidmat M. Nasir, Man Boron, Usop, Siso dan juga Abdul Ghaffar Ibrahim (AGI).

Walau bagaimanapun, selepas penerbitan album "Villa Misteri", anggota Kumpulan Bloodshed/Blackshed berpecah dan tidak lagi aktif dalam bidang muzik. Kehadiran mereka dalam bidang seni suara berjaya mewarnakan dunia muzik tanah air dengan genre muzik yang mereka persembahkan pada waktu itu.

Akan tetapi pada penghujung 2008, kumpulan Bloodshed telah kembali semula untuk meneruskan perjuangan mereka dalam arena muzik rock di Malaysia dengan line-up asal dan juga baru, serta telah menerbitkan single pertama: Manifestasi Cinta, lagu ciptaan Hamdan Yusof selaku pemain gitar utama mereka. Bermula dari 2009, Bloodshed telah kembali membuat persembahan, bermula di Auditorium LigaMas, Batang Kali yang telah mendapat sambutan yang begitu meriah daripada penonton yang hadir. Dan bermulalah kembali era Bloodshed yang baru! bersama penyanyi baru mereka iaitu Muzam, anak muda dari  SUNGAI KANTAN KAJANG



Line up Asal Bloodshed, Rosdan(V), Hamdan(G), Razzey(G),Rawita(B),Judy(K) Rozz (D) 
  
P/S Kalau korang nak dengar lagu Bloodshed yang lain korang cari la kat Youtube bukan susah pun. haha